Thursday, December 22, 2011

Sabar itu Separuh dari Iman

"Sabar itu kan separuh dari iman" ungkapan ini selalu diajukan kepada orang yang sedang menghadapi masalah. Jika kita ditimpa masalah, adakah kita hanya membiarkan masalah itu berlalu dengan sendiri? Itu bukanlah tanda yang kita sedang bersabar.
Maksud sabar ialah redha dengan ketentuan Allah.Ini bukan bermakna kita redha dan tidak berusaha untuk keluar dari masalah yang kita hadapi.Sekiranya kita ditimpa masalah, haruslah kita redha dengan masalah itu dan cuba berusaha memikirkan jalan untuk keluar dari masalah itu.
Ni lah Sabar yang sebenarnya =D


Monday, December 19, 2011

Solat tu Tiang Agama

Tengah syok-syok tido, tetibe ade org kejut.."bangun,bangun solat subuh!"..malasnye nak bangun.Tapi cube fikir semula.Kite lagi suke tido daripada menunaikan kewajipan Allah s.w.t. kalau time kite tido tu tibe2 Allah ambil nyawa kite, tak sempat dah nak solat.Maknanya kita dah tinggalkan satu solat fardhu.Hmmm...Meninggalkan solat fardhu tu dosa besar.Waktu Allah ambil nyawa kita, mana sempat dah kita nak bertaubat.Situasi tadi same juga kalau kita sengaja melewat-lewatkan solat.Kita lewat-lewatkan solat sebab kita nak main game dulu.Kalau tgh main game tu Allah tarik nyawa kita, dah x sempat nak solat..
Renung-renungkanlah....SoLaTlah di aWaL WaKtu..

Thursday, December 15, 2011

Kesucian Hati

Orang yang Ikhlas itu ialah orang yang suka menyimpan (tak menyebarkan) amalan kebaikannya sebagaimana dia suka menyimpan keaibannya.Ikhlas letaknya dalam hati.Tanpa ikhlas, sia-sia je segala ibadah yang kita buat dan kebaikan yang telah kita lakukan.Renung-renunglah firman Allah yang bermaksud: "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskanibadat kepadanya..."

Tuesday, December 13, 2011

Tips jadi sahabat yang Baik..:D

*Bagi slm kalau jumpe
*Panggil nama kawan dgn nama yang die suka
*Tumpukan perhatian time kawan tgh ckp dgn kite
*Jgn menyampuk waktu kwn tgh bercakap
*Pandang dan fikir psitif kat kawan
*Elakkan prajudis kat kawan
*Bagi nasihat kalau kawan ade buat salah
*Tak desak atau pakse kwn kite tu sampai die rase terbeban dgn permintaan kite tu
*Jiwai ape yang kawan kite rasa..
*Elakkan gaduh pasal perkara remeh-temeh


4 Rukun Masyarakat yang Tamadun

Iman, amal soleh, nasihat supaya berpegang pada hukum syarak, nasihat supaya terus taat sampai mati.Kalau tak de salah satu daripada empat ciri itu akan membawa kelemahan besar.Kalau tak de keempat-empatnya masyarakat akan rosak.

Pesan Luqman al-Hakim kpd Anaknya

Hai anakku, jgn kau memerangi yang berdagang, jgn duduk dgn orang yang bodoh dan jgn bergaul dengan orang yang dua muka.
Hai anakku, layanilah orang kecil sesuai dgn kecilnya, layanilah orang besar sesuai dengan kedudukannya, orang jahil sesuai berdasarkan kekurangan (ilmu)nya, dan orang alim sesuai dengan kelebihannya.
Hai anakku, jika benar ikhlas semasa berkata benar, lemah lembut dgn air muka yang jernih,tentulah manusia mengasihimu, mereka akan membalasi engkau dgn kebaikan senilai emas dan perak.
Janganlah engkau bercakap dgn manusia sambil berpaling muka, nanti mereka membencimu, dan Allah lebih lagi akan murka padamu.
Bersedekahlah kau drpd apa yang dikurniakan Allah kpdmu, kelak Dia akan menambahi kau dgn banyak kurniaan-Nya dan padamlah kemurkaan-Nya kepada kau.


*Ambil iktibar drpd pesanan ini.Anggaplah pesanan ni untuk kita..: )


Hujan dah Turun

Waktu hujan ni, kalau kita berdoa, insyaallah doa kita dimakbulkan. Jadi banyak-banyakkanlah berdoa waktu hujan.Tapi kalau doa tu biar la ikhlas..Assalamualaikum...:-)